what had happened to the people of the world?
Today I just burst. This time it was not the hormone, it was plain me.
So today was meant to be my clinical skills tutorials day and as usual being the most decent student I attend every class a student should do. And hari ni jugak saya betul2 marah, bengang or whatever u call it, I was simply pissed off. Selama ni bila mereka kata ‘Oh Kolej ni tidak mengamalkan dasar berat sebelah atau sebarang racism’ mereka tipu, yes they simply lied. Memang dah lama rasanya mata ni nampak, hati ni sedar betapa ‘biased’ nye org2 berkulit putih ni ke atas golongan dari Asia, Timur Tengah atau mereka yg kulitnya berwarna ni, tapi mata buat2 tak nampak dan hati berselindung pura2 tak tahu. Tapi harini tak tahula kenapa, mungkin berkat hari Khamis atau berkat hari di awal2 Syaaban ni, saya betul2 TERSEDAR dari kepura-puraan golongan2 ini.
Bengang, saya memang sangat2 bengang.
Bila disuruh melakukan sebahagian dari routine physical examinations, kebanyakan tutor pasti akan menunding ke arah ahli2 tutorial yg PASTINYA berjambang, bertudung, kulitnya berwarna atau mukanya nampak takut2, dan pastinya juga bukan dari negara yang menjadikan Bahasa Inggeris sbg bahasa pengantar. Dari 10 yg ke hadapan, contohnyalah kan, melalui pemerhatian saya, 3 daripada golongan ini dapat buat apa yg disuruh dgn EXCELLENT, 5 daripadanya TAHU melakukan namun TAK TAHU menyampaikan apa yg dia tahu dalam suatu ayat yg lengkap, masalah bahasalah secara ringkasnya, jadi hanya buat sekadar apa yg boleh disampaikan dlm bentuk ayat yg mudah, dan yang selebihnya mmg berdiri tegak buat2 confius dan tak faham soalan (tak tahu lah tu).
Yang bengangnya, ada segelintir, saya ulang HANYA SEGELINTIR pensyarah yang betul2 ‘buat muka’ bila golongan yg disebutkan tadi tak dapat memenuhi apa yang dikehendaki, lantas dipanggilnya pula pelajar2 berkulit putih yang (kononnya) tahu melakukan examinations yg disuruh tadi untuk kehadapan. OK saya tahu mereka memang boleh buat. (fikirkanlah, kawan anda di hadapan tersekat dan anda sbg org di tempat duduk di belakang, takkanlah tak terfikir utk membuka buku nota ringkas atau bertanya kepada kawan sebelah ataupun punyai sedikit lebih masa utk mengingati apa yg telah dipelajari dan menyusun ayat dalam kepala---itupun tak semua yang dipanggil boleh buat dgn sempurna). Yang menggeramkan saya, sebelum pensyarah menyuruh pelajar tersebut (kulit berwarna) duduk ke tempat asal, pasti ada ayat2 sumbang seperti “Did U see how ____(org putih la kan) did the examinations just now? That’s how U should do it OK/That was perfect (which halfly weren’t actually). U have to go back and learn again”. Itu contoh ayatnya lah. Bukan semestinya begitu.
Suatu kebetulan ke? Ataupun memang org2 Asia/Timur Tengah ni bodoh, atau tak tahu berbahasa Inggeris?
Satu contoh lagi, yg ini spesifikasinya kepada sahabat2 dari negara2 Timur Tengah yg apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris, ekspresi huruf ‘R’ nya terlebih sedikit daripada lidah biasa. Normal lah kan. Kalau lidah Melayu yang makan belacan ni pun, tak semua boleh berbahasa Inggeris dgn American accent atau English accent dgn baik. Same goes with the Arabic tongues. Masalah ini tak diambil kira oleh golongan pensyarah tadi, yang hanya mahukan sebutan pasti jelas, lafaz perlu lancar. “Go back and learn how to pronounce DYS-DI-A-DO-KO-KI-NE-SI-A, or HO-MO-NY-MUS HE-MI-A-NO-PI-A, fast and accurately”. On the contrary, sewaktu mereka nak mengambil kedatangan pelajar, nak sebut Mohammed Al-Ghannam pun bunyinya seperti terseksa benar, ditambah dengan gelengan kepala atau senyum sinis, macam nama mereka sedap sangatla konon. Habis international la tu.
Tak tahulah, cakap lebih2 karang dikata mengata guru sendiri, tak berkat ilmu nanti.
Realiti ke? Atau saya yang menambah cerita. Maklumlah di saat2 kurang gula dalam darah tadi (baca: puasa) mungkin tahap kesabaran berkurang dari biasa membuatkan saya bengang setiap kali rakan2 ketawa terbahak-bahak bila pelajar Arab di hadapan tersalah sebut Jendrassik’s manoeuvre sebagai ‘gi-jon-tik’ manoeuvre.
Ini baru kisah segelintir tenaga pengajar di sini, yang mana sepatutnya menjadi contoh terbaik para pelajar. Belum lagi kisah so-called ‘sahabat2 atau rakan2 sekelas’ dari benua Eropah, mahupun Amerika, be it berkulit cerah atau legam sekalipun, asalkan lidahnya cair berbahasa Inggeris, pakaiannya trendy and designer’s lines, style rambut dan bag up-to-date, etc etc etc.
Oh dunia.
They said there’s no such thing as racism, they obviously didn’t know a thing what they’ve been talking about. And this pisses me off. Seriously.
|